Cari:
Kegiatan Perdagangan China, Myanmar Tidak Terjejas
2017-06-21 12:22:14 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Akaun bank beberapa peniaga Myanmar di kawasan sempadan dengan China telah dibeku kerana disyaki terlibat dalam kes perjudian yang sedang disiasat oleh polis China.

Tindakan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perniagaan yang sah di kawasan sempadan kedua-dua negara.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media di Beijing pada 20 Jun lalu.

Tambah beliau lagi, jabatan-jabatan penguatkuasaan undang-undang China dan Myanmar sentiasa menjalankan kerjasama erat untuk membanteras jenayah rentas sempadan.

China bersedia mengekalkan komunikasi dan koordinasi ketika menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan, selain berkerjasama dengan Myanmar untuk memelihara keadaan di kawasan sempadan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China