Cari:
Filipina, Indonesia, Malaysia Bincang Strategi Antikeganasan
2017-06-23 14:33:57 CRI Cetak

Menteri luar dan pegawai kanan dari Filipina, Indonesia dan Malaysia mengadakan mesyuarat di Manila semalam untuk membincangkan strategi antikeganasan bersama bagi mengatasi situasi serantau, dan memastikan kumpulan pelampau tidak bertapak di Asia Tenggara.

Mesyuarat tersebut dianjurkan Indonesia, dan dihadiri Menteri Luar Filipina, Alan Peter Cayetano, rakan sejawatnya dari Indonesia, Retno Marsudi, dari Malaysia, Anifah Aman serta pegawai tentera, polis dan agensi perisikan ketiga-tiga negara itu.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu, kerajaan ketiga-tiga negara tersebut menegaskan bahawa hanya dengan melaksanakan strategi antikeganasan bersama dan meningkatkan kerjasama dalam bidang keselamatan dan risikan dapat kegiatan keganasan rentas sempadan di rantau ini ditangani.

Langkah-langkah akan diambil bersama bagi mencegah kelompok ekstremis bertapak di rantau ini, termasuk meningkatkan perkongsian maklumat risikan, menyekat sumber dana pengganas dan menghalang penyebaran ideologi pelampau melalui internet terutamanya media sosial.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China