Cari:
Ibu Pejabat Polis Sumatra Utara Diserang
2017-06-26 11:38:33 CRI Cetak

Ibu pejabat polis Sumatra Utara, Indonesia diserang semalam. Seorang polis terbunuh, manakala salah seorang daripada dua penyerang ditembak mati.

Menurut kenyataan jurucakap Polis Negara Indonesia, dua lelaki yang memegang parang dan pisau melintasi tembok halaman kompleks ibu pejabat polis di Medan, sebelum membunuh seorang polis yang sedang berehat di pondok polis dan cuba membakar pondok. Anggota polis yang lain menembak mati seorang penyerang, manakala seorang penyerang lagi cedera parah.

Menurut jurucakap itu, kedua-dua penyerang itu adalah orang tempatan. Sejumlah pisau serta buku dan bendera yang berkaitan kumpulan ekstremis Negara Islam (IS) telah ditemui di rumah mereka. Maka mereka disyaki penyokong IS.

    

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China