Cari:
Negara-negara "B&R" Tingkatkan Kerjasama Peguam
2017-06-26 15:25:24 CRI Cetak

Untuk mengukuhkan interaksi dan kerjasama dalam kalangan peguam, Persatuan Peguam Negara China menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan persatuan peguam dari beberapa negara yang terlibat dalam inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) iaitu India, Laos, Mongolia, Poland, dan Thailand di Beijing pada 24 Jun lalu.

Hal ini dilihat sebagai satu kemajuan penting bagi membina rangkaian kerjasama perkhidmatan guaman oleh negara-negara terlibat B&R.

Ketua Persatuan Peguam Negara China, Wang Junfeng menyatakan, inisatif B&R meliputi berpuluh-puluh negara di Asia, Eropah dan Afrika, iklim dan sistem perundangan di negara-negara tersebut adalah berbeza. Mengukuhkan kerjasama perkhidmatan guaman antara negara-negara berkenaan bererti penting untuk mendorong hubungan ekonomi dan perdagangan antara satu sama lain.

Menurut MoU ini, persatuan peguam China akan bersama-sama dengan persatuan peguam dari India, Laos, Monggolia, Poland dan Thailand untuk memperluas perkhidmatan guaman dalam bidang pembinaan prasarana, pembiayaan dan pelaburan oleh syarikat, perkilangan, teknologi pertanian, teknologi maklumat, tenaga bersih dan sebagainya, supaya menjamin projek kerjasama penting dapat dijalankan dengan lancar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China