Cari:
Kapal Tangki Thai Diserang Lanun
2017-06-29 11:43:09 CRI Cetak

Sebuah kapal tangki milik Thailand telah diserang 6 lanun bersenjata baru-baru ini. Antara kerugian termasuk harta benda anak kapal, 1.5 juta liter minyak diesel, serta separuh muatan kapal tersebut yang dibawa dari Timur Tengah.

Menurut laporan media Thailand, insiden berlaku pada 24 Jun lalu, namun dilaporkan kepada media setelah kapal tersebut ditemui oleh kapal Tentera Laut Thailand di perairan wilayah Songkhla sehari kemudian.

Menurut seorang anak kapal, kumpulan lanun itu menaiki kapal mereka di perairan Malaysia. Selepas mengikat kesemua 17 anak kapal dan merampas harta benta mereka, lanun-lanun itu memindahkan minyak diesel dari kapal tangki itu ke kapal sendiri.

Selepas berlaku insiden, kapal tangki tersebut terus berlayar ke pelabuhan destinasi di Songkhla.

Operasi untuk memburu kumpulan lanun itu sedang dijalankan bersama oleh tentera laut Thailand dan Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China