Cari:
Jilin Tingkatkan Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan dengan Kemboja
2017-06-30 16:04:27 CRI Cetak

Sesi interaksi dan rundingan ekonomi dan perdagangan anjuran bersama provinsi Jilin, China dan Kemboja diadakan di Phnom Penh semalam. Kedua-dua pihak telah memeterai beberapa perjanjian kerjasama.

Naib Gabenor provinsi Jilin, Jin Yuhui menyatakan bahawa memorandum interaksi dan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Jilin dengan provinsi Battambang, Kemboja menyediakan asas yang baik untuk mengintensifkan kerjasama kedua-dua pihak.

Pihaknya mementingkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan Kemboja dan merancang untuk menubuhkan Persatuan Perdagangan Jilin di Kemboja demi menggalakkan kerjasama dalam bidang pertanian, perindustrian, pembinaan dan logistik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China