Cari:
Malaysia dan Nepal, Negara-negara Tetamu Pameran Perdagangan dan Pelaburan Lanzhou
2017-06-30 13:53:50 CRI Cetak

Pameran Perdagangan dan Pelaburan Lanzhou ke-23 akan dirasmikan pada 6 Julai nanti. Malaysia dan Nepal diundang sebagai negara tetamu utama. Lebih 3,000 peserta dari 1,500 syarikat China dan asing akan menyertai pameran ini.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perdagangan provinsi Gansu, Zhang Yinghua, dalam tempoh pameran yang bertema "Membina B&R Demi Keuntungan Bersama" itu, pelbagai aktiviti berperingkat antarabangsa akan diadakan.

Pavilion Malaysia dan Nepal akan dibuka di dewan pameran utama. Selain majlis perasmian pavilion tersebut, mesyuarat untuk membincangkan kerjasama perdagangan antara negara tetamu utama akan diadakan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia akan mengetuai delegasi untuk menyertai pameran tersebut.

Sehingga 26 Jun lalu, sebanyak 36 negara termasuk Malaysia, dua pertubuhan antarabangsa iaitu Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), dan Pusat China-ASEAN, serta 24 bandar dan provinsi di China telah mengesahkan penyertaan ke pameran di Lanzhou itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China