Cari:
Tiga Maut Nahas Helikopter di Jawa Tengah
2017-07-03 14:47:07 CRI Cetak

Sekurang-kurangnya tiga maut apabila sebuah helikopter yang membawa lima anak kapal dan empat penumpang terhempas di Jawa Tengah, Indonesia semalam.

Menurut polis wilayah Jawa Tengah, helikopter penyelamat itu berkejar ke gunung berapi Sileri untuk memindahkan mangsa, namun putus hubungan pada kira-kira 4.00 petang sebelum ditemui terhempas di Temanggung.

Setakat ini, mayat tiga mangsa telah dijumpai. Misi menyelamat sedang dijalankan bagi mengesan mangsa yang masih hilang.

Helikopter berkenaan dipercayai terlanggar cenuram akibat kabus tebal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China