Cari:
Forum Tenaga Bersih EAS Bermula
2017-07-04 15:55:32 CRI Cetak

Forum Tenaga Bersih sempena Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-3 dirasmikan di bandar Kunming, provinsi Yunnan semalam.

Naib Pengarah Jabatan Pentadbiran Tenaga Negara China (NEA), Li Fanrong dalam forum itu menyatakan bahawa perbezaan sumber alam dan tahap pembangunan ekonomi menyebabkan pembangunan tidak seimbang dalam bidang tenaga bersih.

Negara-negara terlibat perlu meningkatkan kerjasama untuk menyelaraskan pembangunan tenaga bersih berasaskan prinsip saling menguntungkan.

Ketua Jurutera NEA, Han Shui menyatakan bahawa kerjasama tenaga bersih antara China dan ASEAN berpotensi besar memandangkan keperluan tenaga yang meningkat di negara-negara ASEAN dan pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Selepas inisiatif B&R dikemukakan, kerjasama sumber tenaga melibatkan Yunnan berkembang pesat. Kini, Yunnan membekalkan kuasa elektrik kepada Vietnam, Laos dan Myanmar selepas membangunkan rangkaian grid elektrik dengan negara-negara tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China