Cari:
11 Warga Thailand Dijangkiti Zika
2017-07-05 14:34:03 CRI Cetak

11 warga Thailand di wilayah Phichit disahkan dijangkiti virus Zika, manakala 27 lagi disyaki juga dijangkiti sejak 1 Julai lalu.

Gabenor Phichit, Wirasak Wichitsaengsi berkata, keputusan ujian makmal mengesahkan terdapat 11 jangkitan Zika dan kesemua mereka sedang menerima rawatan. Belum ada kes kematian dilaporkan setakat ini.

Pasukan khas telah dihantar untuk menghapuskan nyamuk di wilayah tersebut bagi membasmi penularan virus itu.

Penduduk awam diminta supaya menjalani pemeriksaan kesihatan segera jika mengalami simpton selesema dan demam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China