Cari:
Operasi di Marawi Tunjuk Kemajuan
2017-07-06 15:00:19 CRI Cetak

Pengarah Pejabat Komunikasi Presiden Filipina, Omar Alexander Romero semalam menyatakan operasi tentera kerajaan menunjukkan kemajuan apabila berjaya menawan semula Kolej Dansalan yang merupakan kubu penting pengganas di Marawi, 4 Julai lalu.

Jurucakap angkatan bersenjata Filipina, Restituto Padilla berkata, antara pengganas yang ditembak mati dalam operasi pada 4 Julai termasuk dua warga asing, yang mencerminkan penglibatan pengganas asing dalam konflik di selatan Filipina.

Pertempuran di Marawi telah berlarutan selama 45 hari. Kini, pihak tentera masih menggeladah bangunan di bandar itu untuk mencari pengganas yang bersembunyi.

Setakat pukul 6.00 petang 4 Julai, tentera Filipina telah menembak mati 343 pengganas, merampas 420 senjata dan menyelamatkan 1,722 penduduk awam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China