Cari:
Ekonomi Vietnam Kekalkan Momentum Pertumbuhan
2017-07-06 14:51:22 CRI Cetak

Ekonomi Vietnam mencatat pertumbuhan pada kadar 5.7% dalam tempoh setengah pertama tahun ini, lebih tinggi berbanding 5.5% yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Menurut Pengarah Jabatan Statistik Vietnam, Nguyen Bich Lam, kadar pertumbuhan pada suku kedua mencecah 6.2%, manakala inflasi terkawal dalam julat yang munasabah.

Bagaimanapun, ekonomi Vietnam tetap berdepan dengan beberapa faktor ketidaktentuan, termasuk pelaburan yang tertangguh, transformasi mod pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan produktiviti yang rendah.

Menurut beliau, ekonomi Vietnam mesti meningkat 7.4% pada setengah kedua demi mencapai matlamat pertumbuhan 6.7% sepanjang tahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China