Cari:
Simposium Wartawan China-Filipina
2017-07-06 14:56:07 CRI Cetak

Seramai 30 tokoh media Filipina yang sedang mengikuti latihan di China serta wartawan dari pelbagai media utama tempatan menyertai simposium wartawan yang diadakan di Beijing semalam.

Setiausaha Sekretariat Persatuan Wartawan China, Ji Xingxing dalam ucapannya pada simposium itu berkata, Filipina merupakan jiran baik China dan juga negara penting dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R). Persahabatan dan persefahaman merupakan asas penting bagi hubungan dua hala.

Latihan untuk tokoh media Filipina antara hasil lawatan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ke China sebelum ini, dengan tujuan memperkasakan interaksi antara media kedua-dua negara.

Tokoh media Filipina yang menyertai simposium itu pula berpandangan bahawa kerjasama antara media mampu merancakkan perkongsian maklumat dan mengurangkan salah anggap antara satu sama lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China