Cari:
Majlis Promosi Pelancongan China di Thailand
2017-07-07 15:51:10 CRI Cetak

Satu majlis untuk mempromosi pelancongan China yang diadakan di Bangkok, Thailand semalam, disertai kira-kira 200 wakil kerajaan dan pengusaha pelancongan tempatan.

Ketua delegasi China, Zhang Xilong telah memperkenalkan sumber pelancongan China serta sejarah dan budayanya yang unik.

Menurut beliau, seiring dengan pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), pelancongan akan menjadi asas kukuh untuk pertukaran dan kerjasama dua dan pelbagai hala.

Pihaknya yakin setiap pelancong Thailand ke China dapat merasai pesona China yang lebih istimewa daripada biasa.

Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Kobkarn Wattanavrangkul pula menyatakan bahawa setiap pelancong Thailand ke China menanti-nantikan peluang untuk mendekati negara yang sering dianggap misteri ini.

Beliau berharap China dan Thailand dapat memperkasakan kerjasama pelancongan demi keuntungan dan pembangunan bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China