Cari:
Lima Maut Nahas Udara di Papua
2017-07-07 15:52:14 CRI Cetak

Kesemua dua anak kapal dan tiga penumpang pesawat kecil yang terhempas di wilayah Papua, timur Indonesia, 5 Julai lalu disahkan terkorban.

Jurucakap Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS), Marsudi semalam berkata, bangkai pesawat tersebut ditemui musnah seluruhnya.

Pada 5 Julai lalu, sebuah pesawat kecil putus hubungan tidak lama selepas berlepas dari lapangan terbang Wamena di Papua untuk menuju ke Derakma.

Cuaca yang tidak menentu di kawasan pergunungan menyebabkan nahas udara sering berlaku di Papua.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China