Cari:
ASEAN, China Perlu Lonjak Kerjasama
2017-07-07 15:53:00 CRI Cetak

ASEAN dan China perlu bersama-sama merebut peluang keemasan pada masa ini untuk melonjakkan kerjasama bilateral ke tahap baharu.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Setiausaha Agung ASEAN, Dr. AKP Mochtan ketika diwawancara oleh wartawan China yang mengikuti program liputan ke ASEAN, di Jakarta baru-baru ini.

Mochtan menyatakan bahawa sejak hubungan dialog dijalinkan 26 tahun lalu, kerjasama antara ASEAN dan China dalam bidang politik, ekonomi dan perdagangan serta pertukaran sosiobudaya amat berhasil.

Penglibatan negara-negara ASEAN dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) atas inisiatif China, amat menggalakkan.

Dalam pada itu, ASEAN perlu memanfaatkan peluang ini untuk memperkasakan kerjasama dengan China, bahkan kerjasama serantau.

Tambah beliau, Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) telah dinaiktarafkan. Pelbagai platform dan mekanisme kerjasama efektif seperti Ekspo China-ASEAN membawa prospek cerah kepada kerjasama kedua-dua pihak.

Beliau berharap media China yang mengikuti program liputan ini memberi sumbangan baharu kepada hubungan China-ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China