Cari:
Malaysia: Perbelanjaan Kad Kredit Wanita Meningkat Pesat
2017-07-07 10:11:08 CRI Cetak
Perbe­lanjaan kad kredit wanita di Malaysia meningkat 129 peratus sejak 2011 berbanding lelaki yang merekodkan pertumbuhan sebanyak 71 peratus bagi tempoh sama.

Pengarah Urusan dan Ketua Negara Perkhidmatan Kewangan Peribadi United Overseas Bank Malaysia Berhad, Ronnie Lim berkata, kebanyakannya transaksi golongan wanita melibatkan pembayaran insurans, barangan runcit dan utiliti, me­lancong dan beli-belah.

Menurut beliau, statistik 2016 menunjukkan perbelanjaan berkaitan insurans bagi peme­gang kad wanita meningkat 15 peratus berbanding 2015 manakala lelaki hanya mencatatkan pe­ningkatan 12 peratus bagi tempoh yang sama.

Perbelanjaan barangan runcit oleh wanita menyaksikan kenaikan 10 peratus manakala lelaki hanya berbelanja dua peratus lebih tinggi berbanding 2015.

Sementara itu, perbelanjaan wanita bagi tujuan melancong dan beli-belah menunjukkan pertumbuhan ketara apabila terdapat peningkatan sebanyak 28 dan 13 peratus berbanding lelaki yang hanya merekodkan pertumbuhan 14 dan lima peratus bagi kategori sama.

Tambah Lim, pertumbuhan dalam perbelanjaan untuk produk dan perkhidmatan budi bicara dan bukan budi bicara mencerminkan kapasiti pendapatan tinggi dan mengutamakan perbelanjaan seimbang bagi wanita.

Jelas beliau, apabila ramai wanita menyertai tenaga kerja mereka akan menikmati jaminan kewangan yang tinggi serta memperoleh pendapatan boleh guna yang lebih besar.

sumber: UTUSAN

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China