Cari:
KSCIP Dibina di Malaysia
2017-07-10 10:41:08 CRI Cetak

Kerajaan Malaysia bersetuju untuk membina Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) di atas tanah seluas kira-kira 16 hektar di Putrajaya.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tawaran tanah itu melambangkan kepentingan KSCIP untuk menggembleng kerjasama strategik serantau bagi mempromosikan keamanan sejagat serta membanteras kumpulan ekstremis.

menurut Najib, Penasihat Putera Mahkota Arab Saudi memaklumkan Putera Mohamed Salman Al-Saud akan melawat Malaysia tidak lama lagi dan melancarkan KSCIP bersama-sama dengan Najib.

KSCIP yang diumumkan penubuhannya pada Februari lalu semasa lawatan rasmi Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud ke Malaysia memulakan operasinya pada 30 Mei lalu.

Pusat berkenaan telah memulakan operasinya di sebuah pejabat sementara di sekitar Kuala Lumpur.

sumber: UTUSAN

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China