Cari:
Malaysia Teroka Potensi sebagai Hab Logistik ASEAN
2017-07-10 14:47:44 CRI Cetak

Malaysia akan meneroka potensinya sebagai hab logistik bagi ASEAN menerusi kerjasama antara pusat kargo lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan pelabuhan Klang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini menyatakan bahawa Malaysia sedang memanfaatkan pertumbuhan mantap dalam sektor logistik untuk menggalakkan pembangunan pusat kargo KLIA sebagai hab logistik udara utama di ASEAN.

Menurut beliau, pusat itu hanya berjarak satu jam perjalanan darat dari pelabuhan Klang, iaitu pelabuhan ke-11 terpenting di dunia. Sinergi antara pengangkutan udara dan perkapalan akan saling menguntungkan kedua-dua industri itu.

Mengulas tentang penglibatan Kumpulan Alibaba China dalam pembinaan zon perdagangan bebas digital, Liow menyatakan bahawa perkembangan itu membuka lembaran baharu bagi sektor logistik Malaysia.

Menurut ranking keefisienan yang diumumkan oleh Bank Dunia, sektor logistik Malaysia menduduki tempat ke-25 di dunia, hanya didahului Singapura antara negara-negara ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China