Cari:
China, Singapura Galakkan Pembangunan Koridor Chongqing-Guangxi-Singapura
2017-07-13 14:29:48 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China dan Singapura mahu bekerjasama untuk menggalakkan pembangunan koridor perdagangan dan pelaburan antara Chongqing, Guangxi dan Singapura, dan menjadikannya penghubung antara negara-negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Dr. Koh Poh Koon dalam Persidangan Pertukaran Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China (Guangxi)-Singapura di Singapura pada 12 Julai lalu berkata, prospek kerjasama antara kedua-dua pihak amat cerah.

Dalam aspek kesalinghubungan, Guangxi mempunyai kelebihan kerana wilayah itu bukan sahaja penghubung antara China dengan rantau ASEAN di darat dan laut, malah juga nadi penting "koridor ke selatan" yang dibina bersama oleh Singapura dan China pada masa ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China