Cari:
Malaysia: Felo Perdana Lahirkan Pemimpin
2017-07-13 09:30:25 CRI Cetak

Program Felo Perdana yang memasuki penganjuran kali kelima di Malaysia tahun ini merupakan penghargaan kerajaan kepada peranan generasi millennial serta bakat muda kepemimpinan negara.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan percaya kemajuan negara bergantung kepada bakat baharu yang dimiliki dan usaha perlu dilakukan untuk melahirkan lebih ramai pemimpin masa depan.

"Saya juga pernah menjadi pelajar dan melalui kehidupan di universiti, semasa itu, kita semua menyangkakan kehidupan adalah mudah dan menjalankan pentadbiran kerajaan juga adalah mudah tetapi semua itu berubah apabila kita berada dalam kerajaan.

"Dari luar memang nampak mudah tetapi menjalankan pentadbiran kerajaan adalah mencabar dan kompleks. Begitupun, pulangannya amat bermakna ke­rana kita mampu membawa pe­­r­u­bahan kepada kehidupan rakyat di negara ini," katanya dalam Majlis Penyerahan Felo Perdana 2017 kepada Jemaah Menteri di Bangunan Perdana Putra Rabu lalu.

Pengambilan Felo Perdana pada tahun ini menyaksikan seramai 85 peserta dipilih untuk ditempatkan bersama mentor yang merupakan menteri-menteri Kabinet untuk tempoh minimum selama enam minggu sehingga tiga bulan.

Najib berkata, dengan mengambil kira pengambilan pada tahun ini, seramai 403 Felo Perdana telah dilahirkan dan kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai platform dan inisiatif laluan untuk mengembangkan bakat kepemim­pinan muda.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China