Cari:
Temasek Terus Tumpukan Sektor Ekonomi Baharu China
2017-07-14 11:02:19 CRI Cetak

Temasek Holdings, syarikat pelaburan antarabangsa yang beribu pejabat di Singapura, baru-baru ini mengiktiraf China sebagai pasaran yang amat penting bagi syarikatnya, selain pasaran Singapura sendiri.

Temasek akan terus meningkatkan pelaburan terhadap sektor ekonomi baharu China termasuk teknologi canggih, kewangan bukan perbankan, teknologi kesihatan dan penggunaan.

Menurut laporan tahunan terkini Temasek, portfolio pelaburan syarikat tersebut setakat 31 Mac lalu mencatat rekod baharu dengan nilai SGD275 bilion (RM858 bilion).

Antaranya, pelaburan ke China menduduki 25%, yang hanya didahului pelaburan di Singapura, namun melebihi seluruh jumlah pelaburan di Amerika Syarikat dan Eropah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China