Cari:
Myanmar Perluas Skop Perniagaan Bank Asing
2017-07-14 14:27:57 CRI Cetak

Myanmar tidak akan melonggarkan sekatan terhadap bank asing dalam masa terdekat ini, tetapi akan beransur-ansur memperluas skop perniagaan bank-bank berkenaan berdasarkan pertimbangan terhadap perkembangan sektor perbankan negara itu serta cadangan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Naib Presiden Bank Pusat Myanmar (CBM), U Set Aung yang berkata demikian dalam sidang Dewan Rakyat Myanmar pada 10 Julai lalu, turut memaklumkan bahawa pihaknya pernah melonggarkan sekatan terhadap bank asing sebanyak dua kali.

Pelonggaran sekatan tersebut telah membolehkan bank asing membuka cawangan di zon ekonomi khas, dan kemudiannya menawarkan perkhidmatan mereka kepada syarikat-syarikat Myanmar menerusi kerjasama dengan bank tempatan.

Langkah yang bakal diambil seterusnya pula akan membolehkan bank asing mengendalikan perbankan runcit, namun bergantung pada kestabilan sektor perbankan Myanmar dan kemampuan CBM untuk menyelia operasi bank berkenaan.

Sejak Oktober 2014, sebanyak 13 bank asing telah dibenarkan menubuhkan cawangan di Myanmar. Antaranya termasuk Industrial and Commercial Bank of China (ICBC), Malayan Banking Berhad (Maybank), Oversea-Chinese Banking Corporation (OCBC), dan United Overseas Bank (UOB).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China