Cari:
Gempa Bumi Berukuran 6.0 di Gorontalo
2017-07-16 15:41:00 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter dilaporkan melanda perairan di sekitar wilayah Gorontalo, Indonesia pada pukul 8.12 malam 15 Julai lalu.

Kini, tiada laporan membabitkan harta benda dan kehilangan nyawa di kawasan bencana berkenaan.

Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia melalui laman web rasminya memaklumkan bahawa gempa bumi tersebut berpusat pada kedalaman 100 kilometer di perairan sejauh 40 kilometer dari barat daya kabupaten Boalemo, wilayah Gorontalo, kira-kira 116 kilometer dari Gorontalo, ibu kota provinsi Gorontalo.

Badan pemantauan gempa bumi Indonesia tidak mengeluarkan amaran awal tsunami berkaitan gempa bumi kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China