Cari:
Media Sosial Yang Tidak Tutup Akaun Pengguna Radikal Akan Digantung
2017-07-16 15:42:37 CRI Cetak

Menteri Komunikasi dan Informatika Indonesia, Rudiantara mengeluarkan amaran bahawa media sosial termasuk Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube jika tidak menutup akaun yang mengedar isi kandungan radikal akan digantung.

Menurut laporan ANTARA, Rudiantara berkata demikian ketika menghadiri aktiviti menentang radikalisme di Universiti Padjajaran semalam. Beliau berasa amat kecewa kerana dari tahun 2016 hingga tahun ini, hanya terdapat 50% akaun daripada media sosial tersebut yang mengedar kandungan radikal ditutup.

Rudiantara berazam mempercepat usaha mereka agar rakyatnya tidak dipengaruhi oleh kandungan radikal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China