Cari:
Kes Subsidi Beras Yingluck akan Diputuskan
2017-07-24 11:33:00 CRI Cetak

Mahkamah tertinggi Thailand akan memutuskan kes mantan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra yang didakwa cuai dalam menguruskan skim pembelian beras pada 25 Ogos nanti. Perbicaraan kes itu telah diadakan pada 21 Julai lalu.

Sekiranya didapati bersalah, Yingluck berdepan dengan hukuman maksimum penjara 10 tahun.

Pihak mahkamah telah menerima bahan bukti yang mencukupi daripada pendakwa raya dan defenden, serta mendengar keterangan saksi kedua-dua pihak.

Mahkamah itu turut menyangkal dakwaan Yingluck bahawa prosedur mengendalikan kesnya melanggar Perlembagaan, dan menolak permohonan Yingluck untuk membawa kes berkenaan ke Mahkamah Perlembagaan.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China