Cari:
China, ASEAN Terus Tingkat Kesalinghubungan
2017-07-26 12:42:07 CRI Cetak

Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Kerjasama Kesalinghubungan China-ASEAN diadakan di Jakarta, Indonesia semalam. Naib Menteri Perdagangan China, Qian Keming dan Wakil Tetap Filipina ke ASEAN, Elizabeth P. Buensuceso bersama-sama mempengerusikan mesyuarat itu.

Turut hadir, Duta Besar China ke ASEAN, Xu Bu serta ahli Jawatankuasa Penyelarasan Kesalinghubungan ASEAN dan pegawai kanan Sekretariat ASEAN.

Para peserta bersependapat bahawa inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) yang disarankan China dan Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN 2025 adalah serasi dari segi strategi dan mempunyai potensi kerjasama besar. China dan ASEAN akan terus menyelaraskan pelan pembangunan, membincangkan program yang diberi keutamaan dan menggalakkan kerjasama pragmatik antara syarikat kedua-dua pihak.

China menyokong pelaksanaan Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN 2025 bagi memajukan kerjasama berkenaan hingga membawa faedah kepada rakyat serantau, sekali gus meningkatkan hubungan China-ASEAN ke tahap baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China