Cari:
Najib: Bahasa Melayu Diperkasa Sehingga Capai Tahap "Supra-nasional"
2017-07-27 09:41:23 CRI Cetak

Penggunaan bahasa Melayu akan terus diperkasa sehingga mencapai tahap "supra-nasional" dan bertaraf universal.


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan berhasrat untuk melihat bahasa Melayu menjadi bahasa utama dan rasmi ASEAN serta menjadi salah satu bahasa pengantara utama di peringkat global menjelang tahun 2050 selari dengan dasar TN50.


"Saya ingin memberi jaminan bahawa, visi TN50 ini, tidak akan sesekali meminggirkan bahasa Melayu, malah kedudukannya akan terus dimartabat dan diangkat tinggi hingga ke persada antarabangsa.


"Bahasa Melayu merupakan lambang jatidiri bangsa dan gerakan memperkasa serta mengembangkannya, boleh juga dianggap sebagai usaha meningkatkan semangat patriotisme, yakni kecintaan mendalam terhadap bahasa Melayu itu sendiri," kata Najib.


Najib berucap demikian ketika merasmikan pertandingan akhir Pidato Bahasa Melayu Antarabangsa Piala Perdana Menteri 2017 (PIBM 2017) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam.


PABM 2017 anjuran bersama Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Debat Universiti Malaysia (Madum) dan Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (Makum).


Pidato yang memasuki edisi ke-11 penganjuran disertai seramai 53 peserta dari 35 negara dari seluruh dunia.


sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China