Cari:
China, ASEAN Dorong Kerjasama Pelancongan
2017-07-31 13:24:59 CRI Cetak

Tahun ini merupakan tahun kerjasama pelancongan China-ASEAN. China dan negara-negara ASEAN telah membina pelbagai wahana untuk merancakkan kerjasama dalam bidang pelancongan menerusi pelbagai saluran pertukaran serantau, demi keuntungan bersama.

Ketua Setiausaha Pusat China-ASEAN, Yang Xiuping menyatakan bahawa pihaknya sedang berusaha membangunkan platform untuk mempromosikan sumber pelancongan berkualiti di China dan ASEAN, bagi menggalakkan kerjasama antara agensi pelancongan satu sama lain serta inovasi produk pelancongan.

Melalui usaha sama dengan Stesen Televisyen Beijing, Pusat China-ASEAN telah menghasilkan dokumentari pelancongan "Hello ASEAN", selain menganjurkan pameran gambar ASEAN sempena forum yang bertemakan pembangunan lestari dan berkualiti sektor pelancongan.

Kerjasama China dan ASEAN dalam sektor pelancongan berpotensi besar. Dalam tempoh antara Januari hingga Julai lalu, jumlah pelancong China ke Asia Tenggara meningkat 2.5 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu. Selain itu, terdapat lebih 2,700 penerbangan antara China dan negara-negara ASEAN setiap minggu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China