Cari:
6 Maut Letupan Stesen Hidroelektrik Laos
2017-08-02 14:50:42 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Enam pekerja warga Vietnam maut manakala lima lain cedera dalam kemalangan tangki oksigen meletup di tapak pembinaan stesen janakuasa hidroelektrik I Namngeib di Borikhamxay, Laos pada 28 Julai lalu.

Pengurus besar syarikat pemaju projek stesen janakuasa tersebut, Yoshihiro Yamabayashi berkata, kerja pembinaan telah dihentikan sementara punca insiden disiasat oleh polis.

Terletak di cawang Sungai Mekong, Stesen I Namngeib dijangka selesai dibina pada Ogos tahun depan dan mula beroperasi selewat-lewatnya awal tahun 2019. 95% kuasa elektrik yang dijana akan dieksport ke Thailand.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China