Cari:
China, ASEAN Berdepan Peluang Baharu
2017-08-04 11:13:59 CRI Cetak

Hubungan China-ASEAN berdepan dengan peluang baharu untuk perkembangan yang lebih besar, kata Geng Shuang, jurucakap Kementerian Luar China dalam satu sidang akhbar semalam. Menurut beliau, China amat mementingkan kerjasama muhibah dengan ASEAN dan menganggap ASEAN signifikan bagi usaha diplomatiknya dengan negara jiran selain rantau penting untuk mendorong kerjasama "Jalur dan Laluan" (B&R).

Sejak China dan ASEAN menjalinkan hubungan dialog pada 1991, kesalingpercayaan politik antara kedua-dua pihak kian meningkat, hingga kerjasama yang dibina membuahkan hasil memuaskan. Bagi ASEAN, hubungan rakan dialog dengan China dianggap paling dinamik dan bervariasi.

China dan ASEAN juga mempunyai hasrat yang sama untuk melindungi keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan, yang terbukti melalui kesediaan kedua-dua pihak untuk duduk berunding dan merangka Kod Tatalaku Laut China Selatan (COC).

Tahun ini ulang tahun ke-50 ASEAN dan tahun kerjasama pelancongan China-ASEAN, manakala tahun depan ulang tahun ke-15 terjalinnya hubungan rakan strategik China-ASEAN.

Geng Shuang berkata, China bersedia untuk terus meningkatkan pelaksanaan inisiatif B&R yang berkaitan dengan pelan pembangunan ASEAN, mengintensifkan kerjasama pragmatik serta menaiktarafkan hubungan rakan strategik dengan ASEAN bagi mewujudkan komuniti berkongsi nasib yang lebih rapat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China