Cari:
Google, Twitter Bantu Indonesia Tapis Internet
2017-08-07 12:36:22 CRI Cetak

Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia baru-baru ini mengumumkan bahawa syarikat Google dan Twitter dari Amerika Syarikat (AS) akan membantu kerajaan Indonesia menapis dan membuang isi kandungan dalam internet yang melanggar undang-undang negara itu.

Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Rudiantara selepas bertemu dengan pegawai operasi Asia Pasifik dari Google dan Twitter baru-baru ini menyatakan bahawa pihaknya dan Google akan melancarkan skim "Trusted Flagger" dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang, selepas selesai fasa ujian.

"Trusted Flagger" merupakan program menapis dan mengawal kandungan dalam talian yang dimiliki Google.

Menurut Rudiantara, program tersebut akan membolehkan Google menangani kandungan yang tidak diingini dengan lebih cepat dan berkesan. Kerajaan juga akan mengundang penyertaan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) untuk meningkatkan ketelusan program tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China