Cari:
Wang Yi, Anifah Aman Bertemu di Filipina
2017-08-07 11:23:49 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman sempena Mesyuarat Menteri Luar Kerjasama Asia Timur yang diadakan di Manila, Filipina semalam.

Wang Yi berkata, kerjasama dalam rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) merupakan peluang penting bagi perkembangan hubungan China dan Malaysia. Kini, beberapa projek kerjasama utama telahpun ditetapkan.

Sebagai rakan dagang terbesar bagi Malaysia untuk lapan tahun berturut-turut, China akan terus menggalakkan dan menyokong syarikat-syarikat China memperluaskan perniagaan di pasaran Malaysia.

Tegas Wang Yi, China dan Malaysia perlu mengeratkan kerjasama keselamatan dari segi pertahanan dan penguatkuasaan undang-undang.

Selain itu, beliau berharap projek Landasan Kereta Api Pantai Timur dan projek-projek mega lain dapat dijalankan dengan lancar menerusi koordinasi dua hala, untuk kebaikan hubungan China dan Malaysia serta manfaat seluruh rakyat.

Anifah Aman menyatakan Malaysia menghargai hubungan persahabatan dengan China, dan melihat hubungan dengan China amat penting bagi Malaysia dan negara-negara serantau. Malaysia ingin memperkukuh kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang, dan bersedia menangani sebarang masalah dengan baik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China