Cari:
Hainan dan Indonesia Tingkatkan Kerjasama Pelancongan
2017-08-10 10:54:49 CRI Cetak

Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Haikou, Provinsi Hainan China menandatangani perjanjian kerjasama dengan Persatuan Agensi Pelancongan Indonesia di Haikou semalam, bagi meneroka pasaran pelancongan Hainan.

Pegawai Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Haikou, Fu Fenghua berkata laluan penerbangan Sanya-Jakarta dibuka pada 5 Ogos lalu berikutan laluan penerbangan Haikou-Jakarta dibuka pada 30 Julai lalu. Laluan-laluan penerbangan ini memudahkan perjalanan pelancong antara kedua-dua tempat.

Hainan merupakan satu-satunya provinsi di China yang mengamalkan dasar pengecualian visa kepada warga dari 26 buah negara termasuk Indonesia, dan juga satu-satunya provinsi yang melaksanakan dasar pengembalian cukai kepada pelancong asing. Kumpulan pelancong yang lebih daripada 5 orang dari Indonesia boleh menikmati dasar pengecualian visa selama 15 hari di Hainan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China