Cari:
Demam Denggi Menular di Vietnam
2017-08-10 14:35:24 CRI Cetak

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Vietnam semalam, lebih 78 ribu kes demam denggi termasuk 20 kes kematian dilaporkan di negara itu pada tahun ini. Angka ini jauh lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Daripadanya, lebih 10 ribu kes dikesan di Hanoi, ibu kota Vietnam, dengan empat kes kematian dilaporkan. Manakala 12 ribu kes di bandar Ho Chi Minh, meningkat 26% berbanding tahun lalu.

Provinsi An Giang di selatan negara itu pula melaporkan sebanyak 2,300 kes demam denggi, naik 27.6%.

Menurut Kementerian Kesihatan Vietnam, musim hujan yang tiba lebih awal pada tahun ini mengakibatkan nyamuk membiak sehingga tidak terkawal. Hal ini membawa kepada kenaikan ketara jumlah kes demam denggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China