Cari:
Thailand Ringkaskan Borang Ketibaan dan Perlepasan
2017-08-10 14:36:44 CRI Cetak

Dengan kelulusan Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha, Thailand akan memperkenalkan borang ketibaan dan perlepasan baharu pada 1 Oktober depan untuk memudahkan prosedur imigresen bagi pelancong asing ke negara itu.

Borang baharu adalah lebih ringkas daripada yang lama, dengan hanya satu halaman perlu diisi oleh individu berbanding tiga halaman dahulu.

Menurut Menteri Dalam Negeri Thailand, Anupong Paojinda, walaupun ada agensi pelancongan yang mencadangkan agar penggunaan borang ketibaan dan perlepasan dimansuhkan terus, namun sistem tersebut dianggap penting bagi kerajaan untuk mengumpulkan maklumat tentang pelancong asing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China