Cari:
Pertikaian Sempadan Kemboja, Laos Tamat
2017-08-14 14:39:59 CRI Cetak

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Laos, Thongloun Sisoulith di Vientiane pada 12 Ogos lalu bagi membincangkan pertikaian di kawasan sempadan.

Selepas pertemuan itu, Hun Sen memaklumkan bahawa Laos telah bersetuju mengundurkan semua tenteranya dari kawasan sempadan di wilayah Stung Treng, Kemboja pada pagi 13 Ogos.

Beliau turut mengarahkan tentera diraja Kemboja supaya mengundurkan semua tentera yang dikerahkan mempertahankan garis sempadan. Rakyat tempatan tidak perlu lagi khuatir akan kemungkinan berlakunya peperangan.

Pertikaian di sempadan Kemboja dan Laos berlarutan sejak April lalu berikutan penempatan tentera Laos di wilayah Stung Treng, yang bertindak menghalang projek pembinaan jalan raya oleh tentera Kemboja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China