Cari:
Majlis Peringati Ulang Tahun ASEAN di Jakarta
2017-08-14 14:40:44 CRI Cetak

Majlis memperingati ulang tahun ke-50 penubuhan ASEAN diadakan di Jakarta baru-baru ini.

Majlis anjuran Sekretariat ASEAN itu disertai menteri-menteri luar negara ASEAN serta diplomat negara-negara lain ke blok tersebut.

Setiausaha Agung ASEAN, Le Luong Minh dalam ucapan pada majlis itu berkata, dalam tempoh 50 tahun lalu, para anggota ASEAN telah meningkatkan pesefahaman dan kesalingpercayaan melalui usaha sama dalam menangani cabaran dan kesulitan. Hal ini sekali gus meletakkan asas yang kukuh untuk merealisasikan wawasan bersama.

Di samping itu, kerjasama antara ASEAN dengan rakan-rakannya terus meningkat. Setakat ini, sebanyak 88 buah negara dan pertubuhan antarabangsa telah menghantar wakil tetap ke ASEAN.

Tambah beliau, ASEAN telah memberikan sumbangan penting terhadap kedamaian, keselamatan dan kemakmuran serantau, bahkan dunia.

Presiden Indonesia, Joko Widodo memetik data Forum Ekonomi Dunia sebagai berkata, ASEAN kini entiti ekonomi keenam terbesar di dunia, dan dijangka mampu muncul sebagai entiti kelima terbesar pada 2020 dan keempat terbesar pada 2030.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China