Cari:
Ekonomi Kemboja Tetap Kukuh
2017-08-18 14:35:46 CRI Cetak

Kemboja terus mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi yang kukuh, di samping mencapai kejayaan besar dalam usaha membasmi kemiskinan.

Menurut laporan Bank Dunia yang dikeluarkan di Phnom Penh semalam, pada tahun 1994 hingga 2015, pertumbuhan purata tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kemboja mencatat 7.6%.

Pengeksportan dan sektor perkhidmatan yang mengekalkan pertumbuhan purata tahunan pada kadar hampir 20%, merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara itu.

Seiring dengan pertumbuhan ekonomi dalam masa hampir 20 tahun lalu, kira-kira 3.6 juta peluang pekerjaan telah disediakan dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan di Kemboja.

Di samping itu, kadar kemiskinan menurun kepada 13.5% pada tahun 2014 daripada 47.8% pada tahun 2007.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China