Cari:
Malaysia Jadi Tuan Rumah WCS 2021
2017-08-18 09:47:31 CRI Cetak

Malaysia berjaya dalam pembidaan menjadi tuan rumah bagi menganjurkan Kongres Surgeri Sedunia (WCS) ke-49 pada 2021.

Keputusan itu diumumkan oleh Persatuan Surgeri Antarabangsa (ISS) di Perhimpunan Agung WCS Ke-47 yang berlangsung di Basel, Switzerland.

Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham, yang mengetuai pasukan pembidaan, dalam satu kenyataan berkata, pihaknya gembira menerima berita yang menandakan detik penentu untuk Malaysia kerana mengiktiraf kerja keras rakan kongsi dan pihak berkepentingan dalam memenangi pembidaaan untuk menganjurkan WCS pada 2021.

"WCS merupakan forum perdana antarabangsa bagi profesion bidang pembedahan di seluruh dunia. Ia adalah konvensyen ceramah yang diadakan setiap dua tahun oleh ISS dengan kerjasama pelbagai pihak negara tuan rumah.

"Kongres ini berperanan sebagai platform bagi semua sub-pakar bidang pembedahan untuk berkongsi idea, teknik dan pengetahuan inovatif. Malaysia telah lama menjadi ahli aktif dalam persatuan ini," katanya.

Noor Hisham berkata, kongres berkenaan bakal menjana kesan ekonomi positif kepada Malaysia serta memaksimumkan potensi pertumbuhan negara sebagai hab antarabangsa bagi latihan dan pendidikan dalam bidang pembedahan.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China