Cari:
Sukan SEA ke-29 Dirasmikan
2017-08-19 15:58:06 CRI Cetak

Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-29 dirasmikan di Kuala Lumpur hari ini. Ini merupakan kali keenam Malaysia menjadi tuan rumah sukan SEA.

Para atlet akan bertanding dalam 39 acara, bertepatan dengan tema sukan SEA kali ini, iaitu "Bangkit Bersama". Majlis penutupan sukan SEA tahun ini akan berlangsung pada 31 Ogos nanti, yang juga tarikh sambutan ulang tahun ke-60 kemerdekaan Malaysia.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz menyatakan bahawa selain atlet dari 11 negara, terdapat juga ramai peminat mereka dan pelancong akan melawat Malaysia sempena penganjuran temasya tersebut. Kuala Lumpur telah bersiap sedia untuk menyambut kedatangan para tetamu.

Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan lebih USD100 juta untuk penganjuran sukan SEA kali ini, antaranya lebih USD3 juta digunakan untuk mencantikkan bandaraya Kuala Lumpur.

Pengguna pengangkutan awam di Kuala Lumpur, termasuk kereta api bawah tanah, hanya dikenakan separuh tambang hingga hujung bulan ini demi kemudahan para pelancong.

Di samping itu, lebih 10 ribu anggota polis ditempatkan untuk menjamin keselamatan sepanjang berlangsungnya sukan SEA.

Konsep mesra alam juga antara tumpuan sukan SEA kali ini. Selain memasang ton sampah yang mencukupi, Malaysia juga melancarkan program "satu pingat satu pokok", dengan menanam lebih 5,000 batang pokok di Kota Sukan Kuala Lumpur, sama jumlahnya dengan pingat yang ditawarkan dalam sukan SEA kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China