Cari:
Indonesia Sambut Kira Detik Setahun Sukan Asia
2017-08-21 10:32:45 CRI Cetak

Aktiviti sambutan kira detik setahun Sukan Asia 2018 di Indonesia telah diadakan di Medan Merdeka Jakarta, malam semalam.

 

Sukan Asia yang dianggap temasya sukan terbesar di rantau ini, akan diadakan untuk kali ke-18 di beberapa bandar Indonesia seperti Jakarta dan Palembang, Sumatera Selatan pada 18 Ogos hingga 2 September tahun depan.

Presiden Joko Widodo (Jokowi) yang merasmikan sambutan kira detik semalam, yakin bahawa temasya sukan ini akan menyatupadukan seluruh Asia dan mendorong keamanan serantau. Indonesia sebagai tuan rumah akan berusaha untuk menjayakan temasya sukan ini.

Kira-kira 10 ribu atlet dari 45 buah negara dan wilayah di Asia akan bertanding dalam 39 kategori yang mengandungi 426 acara pada temasya kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China