Cari:
FTA Singapura-Turki Berkuat Kuasa Oktober
2017-08-22 14:22:05 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Singapura dan Turki akan melaksanakan perjanjian perdagangan bebas (FTA) bilateral yang telah ditandatangani pada tahun 2015, berkuat kuasa pada 1 Oktober tahun ini.

Demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong semalam dalam sidang media bersama dengan rakan sejawatnya dari Turki, Binali Yildirim yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Singapura.

Lee berkata, FTA itu amat signifikan bagi mengintensifkan hubungan dua hala antara Singapura dan Turki

Binali Yildirim pula berkata, pelaksanaan FTA tersebut diyakini akan terus merancakkan perdagangan bilateral yang semakin bertambah dalam tempoh sepuluh tahun lalu.

Selepas FTA tersebut berkuat kuasa, 80% produk Singapura yang dieksport ke Turki, termasuk produk elektronik, ubat-ubatan kimia dan makanan proses akan dikenakan tarif lebih rendah. Angka ini akan dinaikkan kepada 95% menjelang 2027.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China