Cari:
Lapan MoU Kerjasama Baharu Singapura-Guangdong Dicapai
2017-08-23 12:57:22 CRI Cetak

Sebanyak lapan memorandum persefahaman (MoU) kerjasama dan perjanjian rangka kerja melibatkan pembinaan pangkalan pengetahuan, kerjasama perisian, pelaburan dan perdagangan, serta projek-projek urbanisasi baharu ditandatangani dalam persidangan tahunan Majlis Kerjasama Singapura-Guangdong ke-8 semalam.

Menurut MoU tersebut, Pusat Inovasi Perkilangan Antarabangsa Singapura, sebuah platform pengeluaran yang maju, akan dibina melalui usaha sama taman teknologi perisian Tengfei dan wakil-wakil syarikat berkenaan dari Singapura.

Manakala, program Pusat Inovasi Tenaga dan Karbon Rendah China-Britain yang turut akan dibangunkan akan berfungsi sebagai wahana untuk meneroka teknologi karbon rendah dan menyediakan sokongan kepada syarikat Britain yang menjalankan perniagaan dan pelaburan di China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China