Cari:
China, ASEAN akan Adakan Latihan SAR di Laut
2017-08-24 12:37:39 CRI Cetak

China dan ASEAN akan meningkatkan kemampuan mencari dan menyelamat (SAR) di laut menerusi sesi latihan bersama yang akan diadakan pada awal Oktober depan di Zhanjiang, provinsi Guangdong.

Dalam mesyuarat ke-2 penyelarasan latihan tersebut yang diadakan di Zhanjiang pada 22 dan 23 Ogos lalu, wakil dan pakar dari agensi SAR China, Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand telah membincangkan butiran terperinci tentang jadual, rancangan pelaksanaan dan prosedur operasi latihan.

Latihan tersebut merupakan salah satu kerjasama pragmatik penting dalam bidang SAR di laut menurut Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) yang dilaksanakan oleh China dan negara-negara ASEAN.

Selain menggalakkan pembentukan mekanisme kerjasama SAR di laut antara kedua-dua pihak, latihan berkenaan membantu meningkatkan kecekapan respons kecemasan dan keupayaan tindakan bersama bagi mengurangkan kerugian harta dan nyawa akibat situasi cemas di laut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China