Cari:
China, Indonesia Sepakat Rapatkan Kerjasama
2017-08-24 14:25:27 CRI Cetak

China dan Indonesia telah mencapai banyak persepakatan melalui dua mesyuarat penting berhubung mekanisme kerjasama dua hala yang diadakan di Beijing baru-baru ini.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media semalam merumuskan hasil dua mesyuarat tersebut, iaitu mesyuarat ke-6 Mekanisme Dialog Peringkat Naib Perdana Menteri pada 21 Ogos lalu dan mesyuarat ke-3 Dialog Ekonomi Peringkat Tinggi, keesokan harinya.

Kata Hua, kedua-dua pihak menekankan pentingnya menggalakkan perkongsian strategik komprehensif antara satu sama lain berkembang ke tahap lebih mendalam dan meliputi bidang lebih luas, menurut persepakatan penting yang dicapai Presiden Xi Jinping dan Joko Widodo.

China dan Indonesia juga bersetuju untuk terus mengekalkan interaksi peringkat tinggi dan pertukaran rapat dalam isu penting berkaitan hubungan bilateral, mengintensifkan kerjasama "Jalur dan Laluan" (B&R), dan kerjasama dalam bidang pertahanan negara, penguatkuasaan undang-udang, antikeganasan, antidadah, jenayah siber, maritim dan angkasa lepas.

Selain itu, kedua-dua pihak juga akan bersama-sama melindungi keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan, di samping meningkatkan pertukaran dan penyelarasan dalam mekanisme pelbagai hala antarabangsa dan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China