Cari:
Najib akan Lawat AS Bulan Depan
2017-08-25 12:42:06 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat (AS) dan bertemu dengan Presiden Donald Trump pada 12 September, atas undangan presiden itu.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Malaysia dengan AS. Selama ini, hubungan antara dua negara ini telah bertambah kukuh hingga dilonjakkan kepada perkongsian komprehensif.

Dalam tempoh Najib berada di AS nanti, beliau dan Trump dijangka akan berbincang tentang isu-isu seperti keselamatan negara, antikeganasan dan ekstremisme, serta perdagangan dan pelaburan.

White House dalam pengumumannya tentang lawatan Najib, menyifatkan Malaysia sebagai "salah satu rakan paling rapat bagi AS di Asia Tenggara".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China