Cari:
Virus H5N6 Punca Wabak Selesema Burung di Filipina
2017-08-25 12:44:11 CRI Cetak

Wabak selesema burung yang tercetus di provinsi Pampanga, utara Filipina baru-baru ini disahkan berpunca daripada virus H5N6, maklum Kementerian Pertanian negara itu semalam memetik dapatan sebuah agensi Australia.

Seorang pegawai kementerian tersebut menjelaskan bahawa virus H5N6 amat berbahaya bagi burung dan boleh berjangkit kepada manusia, namun risiko kes jangkitan manusia adalah "sangat kecil". Pada masa ini, terdapat kurang daripada 20 kes jangkitan manusia di seluruh dunia, dan tiada jangkitan dilaporkan di Filipina.

Sejak wabak H5N6 tercetus pada 11 Ogos lalu, produk unggas keluaran Pulau Luzon telah dilarang dibawa keluar untuk mencegah penularan wabak tersebut.

Jepun, Korea Selatan dan Singapura sudah mengambil langkah menghentikan sementara import produk unggas dari Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China