Cari:
Thailand Naikkan Unjuran Pertumbuhan Eksport
2017-08-25 13:58:58 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kementerian Perdagangan Thailand meningkatkan unjuran pertumbuhan eksport untuk tahun ini kepada kadar antara 5% hingga 6.5% daripada kadar 3.5% hingga 5.5% sebelumnya.

Demikian dinyatakan oleh Pimchanok Vonkorpon, Ketua Jabatan Dasar dan Strategi Perdagangan Kementerian Perdagangan Thailand di Bangkok pada 23 Ogos lalu.

Pimchano berkata, permintaan pasaran eksport utama di Thailand semakin tinggi dengan jumlah eksport pada Januari hingga Julai mencatat USD132 bilion (kira-kira RM846 bilion), naik 8.2% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Thailand akan meneliti perubahan dasar perdagangan yang diamalkan oleh Amerika Syarikat serta entiti ekonomi utama yang lain agar mengambil pendekatan sewajarnya untuk mengekalkan pertumbuhan eksport pada beberapa bulan akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China