Cari:
Aktiviti Promosi "Glamor Shanghai" Dilancarkan di Bangkok
2017-08-26 15:34:01 Agensi Berita Xinhua China Cetak

 Naib Datuk Bandar Bangkok, Taweesak Lertprapan (kanan), Naib Ketua Jabatan Penerangan Jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) Shanghai, Zhu Yonglei (tengah) dan Atase Politik Kedutaan Besar China ke Thailand, Yang Yang (kiri) dalam majlis perasmian.

Aktiviti promosi "Glamor Shanghai" dilancarkan secara rasmi di Perpustakaan Bandar Bangkok, Thailand pada 25 Ogos lalu.

Demi menyahut seruan kerajaan dalam pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), aktiviti kali ini bertujuan untuk merancakkan pertukaran dan kerjasama antara Shanghai dengan Bangkok.

Atase Politik Kedutaan Besar China ke Thailand, Yang Yang ketika menyampaikan ucapan tahniah dalam majlis perasmian aktiviti tersebut berkata, pertukaran sosiobudaya dan ikatan persahabatan antara China dan Thailand diyakini dapat diberi dimensi baharu melalui aktiviti promosi yang diusahakan oleh kedua-dua bandar persahabatan ini.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Naib Datuk Bandar Bangkok, Taweesak Lertprapan dan Naib Ketua Jabatan Penerangan Jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) Shanghai, Zhu Yonglei.

Sebagai salah satu komponen "Glamor Shanghai", "Pameran Bertemakan Shanghai" yang memperkenalkan perkembangan bandar dan kehidupan rakyat Shanghai akan berlangusng selama seminggu di Perpustakaan Bandar Bangkok.

Selain itu, Like FM103 Bangkok menyiarkan siri program "Minggu Siaran Shanghai" pada waktu perdana setiap malam untuk tempoh seminggu bermula 25 Ogos lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China